Monday, 5 October 2015

Forum 4

Pada pandangan anda bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak Pra-sekolah dan sekolah rendah di Malaysia? Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Bincangkan?

9 comments:

  1. terima kasih diatas perkongsian anda terhadap tahap kesihatan mental kanak-kanak pra sekolah. berdasarkan kajian kementerian kesihatan malaysia, kanak-kanak sememangnya menhadapi tekanan walaupun mereka masing diperingkat prasekolah. sebagai contoh, Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah). mengikut kementerian juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan mempunyai dua jenis tekanan diantaranya ialah yang positif dan tekanan negatif. walaupun begitu tekanan yang positif adalah perkara yang dapat meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak apabila mereka dihantar kesekolah untuk belajar dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. akan tetapi kesan negatif apabila kanak-kanak dikenakan tekanan ialah Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif. selain itu, Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut. baiklah itu sahaja pendapat daripada saya. sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen anda saudari Ruhaimah :)

      Delete

  2. Salam sejahtera.Pada pandangan saya, keadaan kesihatan mental kanak-kanak Pra-Sekolah dan sekolah rendah di Malaysia kemungkinan besar mereka berhadapan dengan stress. Hal ini kerana ibubapa pada masa kini, kurang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka. Kebanyakan ibubapa pada masa kini merupakan ibubapa yang bekerjaya dan mereka kurang memberikan perhatian kepada anak-anak mereka. Mereka lebih menumpukan untuk menyediakan keperluan -keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan yang sihat ,tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanal-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan mereka .Tetapi mereka kurang sedar bahawa perhatian, masa dan kasih sayang adalah penting dalam membesarkan anak-anak juga. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan bagi menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna ,menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru. Dalam pergaulan sehari-harian mereka juga lebih terarah ke arah yang lebih positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen anda saudari Mamet :)

      Delete

  3. Salam sejahtera saudari Florita. Dalam membesarkan kanak-kanak ,ada ketikanya ibu bapa terlupa kanak-kanak perlu diberi masa untuk bermain. Dalam mengejar arus pemodenan masa kini, ibu bapa lebih memberi penekanan kepada pencapaian akademik sehingga ada ketikanya kanak-kanak tidak mempunyai masa langsung tiada masa bermain dan beriadah. Kerap kali ibu bapa mengucapkan kata-kata seperti"kamu asyik nak main sahaja"atau "baca buku itu,jangan main" tanpa menyedari kepentingan bermain bagi kanak-kanak . Peluang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak untuk bermain sama ada sendirian atau dengan kawan-kawan secara berkumpulan. Bermain merupakan suatu eleman penting dalam kehidupan kanak-kanak dan sama pentingnya dengan keperluan lain seperti belajar, makan dan tidur. Bermain mengajar kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain serta dapat memupuk kemahiran bersosial seperti berkawan, mengawal diri, berkongsi dan bertoleransi. Bermain juga membantu kanak-kanak memupuk kreativiti dan menyesuaikan diri terhadap persekitaran. Sewaktu bermain, kanak-kanak bebas untuk berlari , ketawa dan menjerit dan ini dapat membantu pernafasan dan menggalakan mereka meluahkan perasaan. Pada masa yang sama bermain bersama rakan-rakan akan juga membantu kanak-kanak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri mereka dan mempelajari cara bermain dengan betul. Jadi ,pada pandangan saya keadaan kesihatan mental kanak-kanak Pra-sekolah dan sekolah rendah diMalaysia kemungkinan besar mereka berhadapan dengan stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen anda saudari Lis :)

      Delete
  4. saya tertarik dengan soalan yang diutarakan oleh saudari. terlebih dahulu saya ingin memberikan beberapa faktor yang menyebabkan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah dinegara ini berkemungkinan mengalami keadaan kesihatan mental yang kurang baik iaitu antaranya persekitaran sekolah, rakan sebaya dan sistem pendidikan.
    menurut hasil kajian para ahli psikologi kanak-kanak, sikap semula jadi kanak-kanak ialah mereka menyukai suasana yang riang dan ceria. selain itu, mereka juga sangat menyukai kawasan yang besar dan luas untuk bermain, bayangkan jika anda seorang kanak-kanak yang berjiwa bebas tetapi terkurung dalam ruang yang sempit. menurut saya keadaan seperti inilah yang menyebabkan kesihatan mental mereka terjejas. emosi mereka tidak terekpresi dengan baik. selain itu, keadaan yang kurang selesa semasa belajar maka kanak-kanak akan terganggu dan menyebabkan mereka mungkin terlupa dengan apa pesan yang disampaikan oleh guru yang mungkin menyebabkan mereka dimarahi dengan guru atau juga mereka takut dimarahi selepas teringat akan kerja rumah yang diberikan oleh guru. namun pada pendapat saya, kanak-kanak tidak cenderung ke arah sehingga mereka strees kerana mereka adalah individu yang sentiasa inginkan kegembiraan dan mudah diurus berbanding dengan orang dewasa jika melibatkan perasaan atau emosi. sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak itu menangis kerana ingin bermain maka, cara penyelesaiannya adalah memberikan peluang kanak-kanak itu bermain. selain itu, rakan sebaya juga merupakan salah satu punca keadaan kesihatan mental kanak-kanak dipengaruhi. sebagai contoh, rakan-rakan yang suka mengejek akan menyebabkan tahap mentalnya kurang baik dengan mempunyai keyakinan yang rendah. disemping itu juga sistem pendidikan negara yang sering berubah-ubah menyebabkan kanak-kanak perlu bersedia memasuki peringkat-peringkat yang baru. salah satu contoh yang akan memberikan tekanan bagi kanak-kanak penilaian-penilaian berbentuk akademik seperti UPSR yang kini telah dimansuhkan kerana mereka perlu menghabiskan masa dengan belajar berbanding keluarga. oleh itu, pada hemat saya, keadaan kesihatan mental itu bergantung dengan bagaimana sikap orang dalam persekitaran kanak-kanak itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen anda saudari Merian..Memang tidak dinafikan lagi persekitaran sekolah, rakan sebaya dan sistem pendidikan mempengaruhi keadaan kesihatan mental kanak-kanak.

      Delete
  5. saya tertarik dengan soalan yang diutarakan oleh saudari. terlebih dahulu saya ingin memberikan beberapa faktor yang menyebabkan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah dinegara ini berkemungkinan mengalami keadaan kesihatan mental yang kurang baik iaitu antaranya persekitaran sekolah, rakan sebaya dan sistem pendidikan.