Monday, 5 October 2015

Forum 3



Bahaskan pernyataan ini 'kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan'.

10 comments:

  1. hai saudari florita. pada kali ini saya bersetuju dengan tajuk forum yang menyatakan bahawa sebagai anggota kerja seharusnya kita lebih mementingkan kecerdasan emosi dan sosial seseorang semasa ditempat kerja. lantaran itu, ramai majikan yang menemuduga pekerja amat menitik beratkan semangat yang akan diberikan oleh seseorang. ini kerana sebagai seorang majikan saya juga akan mengambil pekerja yang mampu mengawal emosi, disamping pekerja saya nanti terpaksa bersosial dan mereka akan menghadapi perbagai ragam manusia. oleh itu, kecerdasan intelek tidak dapat membantu kerana permasalahan sesuatu perkara akan selesai apabila kita dapat menangani emosi kita. pada masa yang sama, seseorang yang mempunyai intelek yang baik juga kurang diterima oleh masyarakat kerana ada kalanya mereka ini tidak mampu mengawal emosi. begitu juga teori psikologi yang sering kali menerangkan bahawa kejayaan seseorang itu dapat kita lihat apabila mereka sentiasa berada dikelopok masyarakat dan salah satu kita menangani stress ialah dengan cara meluahkan pada seseorang.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. terima kasih atas komen anda saudari Ruhaimah..:)

      Delete

  3. Salam sejahtera saudari Florita, pada pandangan saya, saya bersetuju dengan tajuk yang dibahaskan di mana, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, seseorang individu yang kecerdasan emosinya berbanding kecerdasan intelek juga boleh menyebabkan konflik dalalm dirinya.Apabila emosi tidak stabil, maka tingkah laku seseorang juga tidak akan stabil. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek(IQ) yang tinggi tetapi menyalahgunakan kelebihan tersebut bagi tujuan melakukan perbuatan negatif dengan melakukan jenayah dan kes-kes devian sosial seperti perompakan,penculikan dan pembunuhan. Sebagai contoh, Ted Bundy adalah merupakan pembunuh bersiri sekitar pada tahun 1985-1990 di Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai tahap IQ yang tinggi.Begitu juga dengan halnya kemunculan penggodam komputer ataupun 'hacker' yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi. Semua ini secara umumnya jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam menentukan kejayaan seseorang individu. Begitu juga dalam dunia pekerjaan seseorang individu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen anda saudari Mamet :)

      Delete

  4. Salam sejahtera saudari Florita ,pada pendapat saya, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan inteleka dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, individu yang mempunyai kecerdasan emosi mempunyai kecekapan dalam aspek sosial dan bijak dalam mencipta dan mengekalkan hubungan interpersonal yang berkesan. Dari segi sosial,EQ menjadikan seseorang individu mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain. Dalam model asas kecerdasan emosi yang dijalankan oleh Salovey dan Mayer, ciri ini dapat dilihat melalui kebolehan untuk menangani hubungan interpersonal dengan baik. Interpersonal di sini merujuk kepada hubungan interaksi oleh setiap unit dalam sesebuah masyarakat iaitu dalam skop yang lebih luas. Eleman yang sama juga telah dikemukakan oleh Golemen iaitu berkaitan dengan 'kemahiran bermasyarakat'( social skill).Kecerdasan emosi sesungguhnya membantu seseorang individu mendapat kesan positif terhadap penyesuaiannya dalam masyarakat. Penyesuaian tersebut termasuklah wujudnya toleransi, kerjasama, tolong -menolong ,memberi bantuan ketika dalam kesusahan dan sebagainya. Oleh itu dalam dunia pekerjaan seseorang individu , hubungan yang baik dengan rakan sekerja serta dengan ketua dapat dikekalkan berbanding dengan individu yang mempunyai kecerdasan intelek(IQ) dikatakan lebih suka duduk dan memencilkan diri di rumah dan menjadikan komputer sebagai sahabat sepanjang hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen anda saudari Lis :)

      Delete
  5. Topik yang menarik. berdasarkan pernyataan yang saudari nyatakan saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pendapat saya. bagi pendapat saya, saya lebih bersetuju jika kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi dan sosial adalah seimbang kerana kedua-dua perkara ini sangat berkait rapat semasa dalam alam pekerjaan. bagi sesetengah pekerjaan seperti doktor atau seorang guru, kedua-dua pekerjaan ini memerlukan individu yang berintelek dan emosi yang stabil. jika seorang doktor itu, hanya mempunyai kecerdasan dari segi emosi dan sosial maka apabila pesakinya datang, mungkin dia lebih kepada bertanyakan soalan-soalan tapi tidak punya pengetahuan dalam bidang ini maka ini akan menimbulkan masalah dan begitu keadaan yang sebaliknya. contoh lain ialah jika seseorang itu bekerja sebagai seorang guru maka secara tidak langsung individu itu perlulah mempunyai ilmu pengetahuan dan serta sikap yang sopan. jika guru tersebut mengajar kanak-kanak tanpa ilmu di dada justeru apakah yang perlu diajarkan. manakala jika guru mengajar dengan dengan ilmu yang ada tetapi dalam keadaan emosi yang kurang baik dengan mudah marah dengan murid atau bersikap kasar serta kurang prihatin dengan pelajarnya maka masalah juga akan timbul disini. sebagai kesimpulan, setiap jenis pekerjaan adalah berbeza dan etika serta syarat yang dikenakan juga adalah berbeza. jadi, kepentingan kecerdasan emosi sosial dan kecerdasan intelek adalah dipengaruhi oleh jenis pekerjaan yang dipeganag oleh individu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen anda saudari merian.menurut pendapat saudari bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan intelek adalah dipengaruhi oleh jenis pekerjaan yang dipegang oleh individu.Di sini saya ingin memberikan pendapat saya bahawa di sinilah kita sebagai seorang yang berpelajaran bertindak secara profesional dengan tidak mecampur adukkan hal kerja dengan masalah diri sendiri. kerana bagi saya emosi dan intelek kita tidak akan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran kita sekiranya kita bijak dan pandai mengawal perasaan diri.

      Delete
  6. Topik yang menarik. berdasarkan pernyataan yang saudari nyatakan saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pendapat saya. bagi pendapat saya, saya lebih bersetuju jika kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi dan sosial adalah seimbang kerana kedua-dua perkara ini sangat berkait rapat semasa dalam alam pekerjaan. bagi sesetengah pekerjaan seperti doktor atau seorang guru, kedua-dua pekerjaan ini memerlukan individu yang berintelek dan emosi yang stabil. jika seorang doktor itu, hanya mempunyai kecerdasan dari segi emosi dan sosial maka apabila pesakinya datang, mungkin dia lebih kepada bertanyakan soalan-soalan tapi tidak punya pengetahuan dalam bidang ini maka ini akan menimbulkan masalah dan begitu keadaan yang sebaliknya. contoh lain ialah jika seseorang itu bekerja sebagai seorang guru maka secara tidak langsung individu itu perlulah mempunyai ilmu pengetahuan dan serta sikap yang sopan. jika guru tersebut mengajar kanak-kanak tanpa ilmu di dada justeru apakah yang perlu diajarkan. manakala jika guru mengajar dengan dengan ilmu yang ada tetapi dalam keadaan emosi yang kurang baik dengan mudah marah dengan murid atau bersikap kasar serta kurang prihatin dengan pelajarnya maka masalah juga akan timbul disini. sebagai kesimpulan, setiap jenis pekerjaan adalah berbeza dan etika serta syarat yang dikenakan juga adalah berbeza. jadi, kepentingan kecerdasan emosi sosial dan kecerdasan intelek adalah dipengaruhi oleh jenis pekerjaan yang dipeganag oleh individu.

    ReplyDelete