Sunday, 4 October 2015

Forum 1

Bincangkan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosio emosi kanak-kanak.

8 comments:

  1. sewaktu dibangku sekolah rendah, cikgu sering mengingatkan kita mengenai 'pengaruh rakan sebaya'. kata cikgu , inilah penyebab seorang pelajar itu berjaya atau tidak. mungkin kita sering tertanya-tanya kenapa seorang guru mengatakan sedemekian. hal ini adalah kerana kawan memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang. begitu juga dengan seorang kanak-kanak. disini kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu.rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umr, pendidikan atau kelas sosial dan minat. kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku,personaliti , kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili,2010) .contohnya,kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap lebih baik dan seterusnya mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan yang diambilnya. Di sini, jelas sekali rakan sebaya memainkan peranan penting dalam sosio emosi kanak-kanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komen anda saudari Lis...☺ komen anda dpost sy yg seterusnya amat dialu2kn..hehe

      Delete
  2. Tajuk forum kali ini sangat popular dikalangan masyarakat, iaitu rakan sebaya banyak memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak. Pendapat yang boleh saya kongsi terhadap penyataan perkembangan sosio dan emosi bergantung kepada persekitaran misalnya rakan sebaya. Berdasarkan perspektif yang dapat saya kongsikan ialah apabila kanak-kanak ini lebih suka akan benda baru. Oleh itu, apabila kanak-kanak ini menceburi dalam dunia pergaulan dengan masyarakat mereka akan belajar erti sebuah kehidupan. Melalui cara mereka berkomunikasi iaitu mengenali sifat-sigat emosi seperti gembira, sedih, dan sebagainya apabila mereka menghadapi masalah, dan ini berlaku dipersekitaran mereka. Contohnya berlaku pergelutan kanak-kanak untuk mendapatkan permain, ini mengakibatkan mereka mewujudkan persaingan antara satu sama lain. Oleh itu, mereka dapat mengenali hati budi masing-masing dan sikap kawan mereka, dan inilah yang menunjukkan bahawa rakan sebaya lebih banyak memainkan peranan. Apabila kita lihat setiap sekolah akan menggadakan aktiviti seperti mewujudkan Badan Pembimbing Rakan Sebaya, ia bertujuan untuk meningkatkan lagi jumlah rakan sahabat yang mampu mengajak kearah kebaikan. sekian.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas komen anda Ruhaimah..

    ReplyDelete

  4. salam sejahtera saudari Florita. Menurut teori Erik Erikson, individu berkembang menerusi pembukaan lipatan personaliti yang telah ditentukan melalui lapan peringkat. Menurut Erik Erikson juga,setiap peringkat perkembangan sosioemosi merupakan krisis psikososial yang perlu diselesaikan sebelum seseorang dapat bergerak ke peringkat yang seterusnya. Sekiranya individu gagal menyelesaikan masalah krisis tersebut, maka di peringkat perkembangan berikutnya akan terjejas(Azizi Yahya,2005) .Oleh itu di sini,pada pendapat saya rakan sebaya mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak dalam proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula menginjakan kaki ke alam sekolah dan mereka akan bertemu dengan pelbagai bentuk ragam dan karenah masyarakat di sekeliling mereka.Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun juga akan memyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas komen saudari..☺

    ReplyDelete
  6. berdasarkan pernyataan diatas, saya amat bersetuju bahawa rakan sebaya boleh mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. jika diingat pada masa kita kecil, kita lebih cenderung menghabiskan masa dengan rakan sebaya atau dalam lingkungan yang sama dengan melakukan aktviti bersama-sama berbanding dengan ibu bapa. sehinggakan ada yang sangup dari pagi hingga petang tanpa mengira waktu bermain bersama-sama. antara aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak ialah bermain masak-masak dan meniru aksi dalam lakonan dengan mengambil watak-watak tertentu dan selalunya aksi berlawan dalam komik. semasa melakukan aktiviti inilah sosio emosi kanak-kanak itu akan berkembang. kanak-kanak lazimnya menjadikan rakan sebaya sebagai panduan mereka. sebagai contoh, kebanyakkan kanak-kanak lebih suka bercerita dengan rakan sebaya berkaitan dengan benda yang mereka suka dan tidak suka. bagi kanak-kanak yang suka marah, mengejek dan merajuk, kanak-kanak akan cenderung mengikut sikap dan perlakuan rakannya. oleh itu, ibu bapa perlu memantau dengan siapakah anak mereka berteman. bagi rakan-rakan yang sentiasa riang, gembira dan optimistik maka kanak-kanak apabila besar akan cenderung ke arah itu. oleh itu, pergaulan kita dengan rakan sebaya amat menentukan sikap dan tingkah laku seorang kanak-kanak itu.

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas komen anda merian..memang tidak bahawa kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sepermainan mereka.

    ReplyDelete